-Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh-

╰☆╮ بِسْــــــــــــــــــمِ
اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم ╰★╮
Suatu
hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya
Imam
Ghazali = ” Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid
1 = ” Orang tua “
Murid
2 = ” Guru “
Murid
3 = ” Teman “
Murid
4 = ” Kaum kerabat “
Imam
Ghazali = ” Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah
MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah
Ali-Imran :185).
Imam
Ghazali = ” Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?”
Murid
1 = ” Negeri Cina “
Murid
2 = ” Bulan “
Murid
3 = ” Matahari “
Murid
4 = ” Bintang-bintang “
Iman
Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU.
Bagaimanapun kita, apapun keadaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke
masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan
hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.
Iman
Ghazali = ” Apa yang paling besar didunia ini ?”
Murid
1 = ” Gunung “
Murid
2 = ” Matahari “
Murid
3 = ” Bumi “
Imam
Ghazali = ” Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU
(Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan
sampai nafsu kita membawa ke neraka.”
IMAM
GHAZALI” Apa yang paling berat didunia? “
Murid
1 = ” Baja “
Murid
2 = ” Besi “
Murid
3 = ” Gajah “
Imam
Ghazali = ” Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH
(Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua
tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di
dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi
permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal
memegang amanah.”
Imam
Ghazali = ” Apa yang paling ringan di dunia ini ?”
Murid
1 = ” Kapas”
Murid
2 = ” Angin “
Murid
3 = ” Debu “
Murid
4 = ” Daun-daun”
Imam
Ghazali = ” Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali
didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan
dunia, kita tinggalkan solat “
Imam
Ghazali = ” Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? “
Murid-
Murid dengan serentak menjawab = ” Pedang “
Imam
Ghazali = ” Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH
MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan
melukai perasaan saudaranya sendiri “
Tidak ada komentar:
Posting Komentar